Mace Windu Light Saber - Wait

Saturday, 19 March 2016

Asianfanfics

Apa itu 'Asianfanfics' ?

Asianfanfics adalah sebuah laman web yang membolehkan anda untuk memuat naik cerita rekaan atau cerita berdasarkan pengalaman anda sendiri. Asianfanfics ni menjadi kegemaran ramai peminat-peminat kreatif yang sering mempunyai bayangan yang menarik mengenai artis atau idola kesukaan mereka. Jadi mereka menulis cerita mengikut nama artis atau idola mereka sebagai watak utama di dalam jalan cerita tersebut. Kebanyakan cerita yang di muat naik di dalam Asianfanfics ini adalah daripada peminat-peminat KPOP, JPOP atau sebagainya. Jalan cerita yang dimuat naik kebiasaannya menggunakan bahasa inggeris tetapi ianya juga turut dimuat naik dalam bahasa lain. Mari kita mendalami lagi cara penggunaan Asianfanfics ini.

Anda boleh 'google' sahaja nama laman web ini seperti di bawah;


Sebelum saya mengupas isi dalaman web Asianfanfics ini , mari saya ceritakan serba sedikit mengenai sejarah asal usul laman web yang terkenal ini.

Asianfanfics atau sering disingkatkan kepada AFF , merupakan laman web arkib peminat fiksyen automatik . Ia diasaskan pada tahun 2009 oleh Jason ataupun dikenali juga sebagai Nichiren. 

Paparan Asianfanfics


Anda juga boleh mengubah tema mengikut kesukaan anda


Saya pilih tema ' Black and White '


Kemudian jika anda ingin membaca cerita yang ada di dalam laman web ini , anda boleh search jenis cerita yang anda suka 


Saya pilih tags 'comedy'


Paparan di atas menunjukkan beberapa cerita comedy.
Selain menggunakan 'tags' anda juga boleh mencari cerita yang anda inginkan di kotak 'search'.


Jika anda ingin meninggalkan komen atau mahu menulis cerita , anda harus memasuki ke laman tersebut dengan menggunakan akaun rasmi Asianfanfics. Bagi yang sudah mempunyai akaun, anda hanya perlu memasukkan 'username' dan 'password' sahaja. Manakala, bagi yang tidak mempunyai akaun bolehlah mendaftar ke Asianfanfics.


Baiklah, sampai disini sahaja maklumat saya tentang ' Asianfanfics ' . Saya akan menyambung mengenai laman ini pada masa akan datang . Sekian terima kasih .










No comments:

Post a Comment