Mace Windu Light Saber - Wait

Sunday, 16 October 2016

Merekabentuk Laman Web

Hi! Hari ini saya akan menunjukkan laman web yang telah direkabentuk oleh saya.


Paparan di atas menunjukkan logo bagi website saya . 

1. Paparan Home bagi website saya (index.html) .



2. Paparan bagi sign in form .



3. Paparan bagi sign up form .



4. Paparan bagi order form .

Sekian Terima Kasih~


Tuesday, 26 July 2016

Assalamualaikum guys! Anis nak jual Long Sleeve Floral Shirt . Baju ni sesuai untuk gadis-gadis di luar sana. Kalau berminat boleh contact Anis kat nombor +6011-36021740

Saiz - L
Harga - RM 15.00

Saturday, 19 March 2016

Asianfanfics

Apa itu 'Asianfanfics' ?

Asianfanfics adalah sebuah laman web yang membolehkan anda untuk memuat naik cerita rekaan atau cerita berdasarkan pengalaman anda sendiri. Asianfanfics ni menjadi kegemaran ramai peminat-peminat kreatif yang sering mempunyai bayangan yang menarik mengenai artis atau idola kesukaan mereka. Jadi mereka menulis cerita mengikut nama artis atau idola mereka sebagai watak utama di dalam jalan cerita tersebut. Kebanyakan cerita yang di muat naik di dalam Asianfanfics ini adalah daripada peminat-peminat KPOP, JPOP atau sebagainya. Jalan cerita yang dimuat naik kebiasaannya menggunakan bahasa inggeris tetapi ianya juga turut dimuat naik dalam bahasa lain. Mari kita mendalami lagi cara penggunaan Asianfanfics ini.

Anda boleh 'google' sahaja nama laman web ini seperti di bawah;


Sebelum saya mengupas isi dalaman web Asianfanfics ini , mari saya ceritakan serba sedikit mengenai sejarah asal usul laman web yang terkenal ini.

Asianfanfics atau sering disingkatkan kepada AFF , merupakan laman web arkib peminat fiksyen automatik . Ia diasaskan pada tahun 2009 oleh Jason ataupun dikenali juga sebagai Nichiren. 

Paparan Asianfanfics


Anda juga boleh mengubah tema mengikut kesukaan anda


Saya pilih tema ' Black and White '


Kemudian jika anda ingin membaca cerita yang ada di dalam laman web ini , anda boleh search jenis cerita yang anda suka 


Saya pilih tags 'comedy'


Paparan di atas menunjukkan beberapa cerita comedy.
Selain menggunakan 'tags' anda juga boleh mencari cerita yang anda inginkan di kotak 'search'.


Jika anda ingin meninggalkan komen atau mahu menulis cerita , anda harus memasuki ke laman tersebut dengan menggunakan akaun rasmi Asianfanfics. Bagi yang sudah mempunyai akaun, anda hanya perlu memasukkan 'username' dan 'password' sahaja. Manakala, bagi yang tidak mempunyai akaun bolehlah mendaftar ke Asianfanfics.


Baiklah, sampai disini sahaja maklumat saya tentang ' Asianfanfics ' . Saya akan menyambung mengenai laman ini pada masa akan datang . Sekian terima kasih .










Saturday, 13 February 2016

OBDC ( Open Database Connectivity )

ODBC ialah bahasa pengaturcaraan antara muka yang standard dalam penggunaan aturcara middeware ( Application Program Interface ) untuk mencapai Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS)
ODBC direka pada tahun 1970 , pada tahun 1980, sistem SQL dinamik menjadi tumpuan utama untuk vendor SQL.
Kelebihan ODBC adalah sambungannya serasi antara CR dan kebanyakkan ODBC. Pemacu ODBC biasanya dikemaskini untuk memasukkan jenis data terkini.
Kekurangannya pula adalah laporan menggunakan sambungan ODBC memerlukan DSN kepada setiap komputer. Sambungan ODBC dalam CR adalah tertakluk kepada pemacu dan perisisan batasan pihak ketiga.

DLC ( Database Life Cycle )

Kitaran hayat pangkalan data termasuk penciptaan pangkalan data dan peruntukan sumber, menguruskan skema pangkalan data dan data. Pentadbir pangkalan data dan pemaju aplikasi melaksanakan tugas-tugas kitaran hayat pangkalan data.
Berfungsi untuk memperuntukkan sumber dan mengurus skema pangkalan data.

DLC dapat meningkatkan jumlah saiz pangkalan data dan juga dapaty memantau prestasi dan pengunaan

Kitaran hayat pangkalan data

perancangan>analisis data/takrifan kehendak pengguna>reka bentuk>pelaksanaan>pengujian>penilaian>penyenggaraan.

HTML ( Hyper Text Markup Language )

Maksud - Bahasa tanda yang digunakan untuk menampilkan objek atau data pada laman web.
Dicipta oleh Tim Berners Lee dan berkembang pesat pada tahun 1990.
HTML adalah sebagai bahasa tanda internet dan HTML digunakan untuk membuat laman web.
Sesebuah website memiliki beberapa bahagian seperti header, navigasi, main dan footer.

Contoh struktur asas HTML & Kegunaan

  1. <html> - untuk membuat laman web, semua laman web mengandungi tag ini.
  2. <title> - menampilkan tajuk di title bar.
  3. <head> - semua elemen head diletakkan di sini.
  4. <body> - apa yang ditulis di sini akan terlihat pada browser.
Contoh software
  • Notepad
  • Sublime
  • Dreamweaver
  • Notepad++
Cara atau contoh kod untuk memaparkan sesuatu pada laman web.
(image) - <img src="x">
(hyperlink) - <a href="x"></a>

HTML dapat digunakan pada pelbagai jenis mesin komputer namun begitu, ianya memiliki tag-tag yang banyak dan susah untuk dipelajari.

DML ( Data Manipulation Language )

DML merupakan perintah-perintah yang memungkinkan pengguna melakukan akses dan manipulasi data.
DML terdiri daripada data yang mengubah kenyataan. Dicipta oleh EF Codd ( Edward F Codd ) pada tahun 1970.

Perintah yang termasuk dalam DML ialah :

  • INSERT - memasukkan data dalam jadual
  • UPDATE - mempebaharui data lama menjadi data terkini
  • DELETE - menghapuskan data dari jadual
  • SELECT - mengambil data atau menampilkan data dari satu jadual atau beberapa jadual