Mace Windu Light Saber - Wait

Tuesday, 1 September 2015

Belajar dengan Menggunakan Internet dan Gadjet

Cara belajar menggunakan Internet


Kamus atas talian percuma


      Kamus atas talian memberikan pelbagai kemudahan kepada pelajar.

Antara kelebihannya;
-ia ditawarkan secara percuma.
-ia turut memberikan panduan tatacara sebutan dengan betul.


     Seterusnya, ada juga kamus atas talian lain yang tidak kurang popular dalam kalangan pelajar iaitu DictionaryReference.com. Ini memandangkan, kamus ini menggunakan perkataan yang mudah untuk difahami pelajar terutama mereka yang lemah dalam bahasa Inggeris. Ada kalanya, kamus yang menggunakan perkataan agak kompleks sehingga menyukarkan pelajar memahami definisi diberikan.
Malah, ada juga kamus atas talian yang menyenaraikan cadangan perkataan mempunyai pengertian hampir menyamai sesuatu perkataan cuba dicari pelajar.


-Penggunaan Google Translate juga didapati agak popular dalam kalangan pelajar. Google Translate membantu pelajar mendapat gambaran kepada makna bahan bacaan berkenaan.  Namun begitu, kadangkala terjemahan yang diberikan tidak memberi makna tepat.

Ruang pengajar muat naik bahan pengajaran



Google Scholar
- Penggunaan hyperlink yang ada dalam bahan bacaan turut memberi kemudahan kepada pelajar melayari laman web berkaitan. Ini memudahkan mereka membina pengetahuan asas mengenai topik ingin mereka fahami.
- Perisian Microsoft Word  juga dapat membantu pembaca dengan menyediakan kemudahan seperti Synonyms, Translate dan Search with Bing.
- Pelajar juga boleh menulis komen dan menukar warna sesuatu ayat bagi tujuan ulang kaji dan sewaktu membuat nota.
-Melakukan perbincangan bersama rakan-rakan secara bersemuka atau secara atas talian.


Netiqutte

Apakah yang dimaksudkan dengan 'Netiquette' ?


Netiquette ialah gabungan dari dua perkataan iaitu net (internet) dan etiquette (etika) . Ianya bermaksud peraturan dalam menggunakan perkataan dalam internet

Contoh-Contoh Netiqutte


1. Capital Letter ( Huruf Besar )
- Elak daripada menggunakan penulisan e-mel atau menghantar maklumat di dalam blog, chat rooms, forum dan pelbagai talian online. Ianya juga menyukarkan untuk dibaca.


2. Emoticons ( Emoji )
- Apabila berborak kita dapat meluahkan perasaan dengan ekpresi sama ada di wajah atau dengan suara . Tetapi jika kita berborak secara online kita dapat menggunakan emoji smiley seperti :

:-) (senyuman) 
;-) (kenyitan mata) 
:-D (ketawa) 
:-( (sedih) 
:-O (terkejut) 
:-x (ciuman) 
:~) (tertanya-tanya) 
:#) (mabuk)  
:-} (marah) 
:-@ (menyumpah)


3. Shorten Messages ( Mesej Ringkas )
- Untuk meringkaskan mesej yang hendak diberi kita bolehlah menggunakan singkatan dalam perkataan seperti :

BTW - by the way
IKR - I know right
ROTFL - rolling on the floor laughing
LOL - laughing out loud
BRB - be right back
GTG - got to go
OTW - on the way


4. Don't Plagiarize ( Jangan Plagiat )
- Sesetengah pihak mengambil masa yang lama bagi menyiapkan sesuatu isi kandungan dan maklumat untuk di upload . Apabila hendak menggunakan maklumat yang sedia ada berikan kredit kepada pemiliknya . Letakkan nama laman sumber maklumat yang anda telah dapat.


5. No Spamming ( Tiada Spamming )
- Spam adalah mesej elektronik yang tidak dikehendaki atau menghantar mesej elektronik yang sama berulang-ulang kali. Ini boleh menyebabkan anda mendapat banyak masalah di beberapa laman dan sebagai peraturan umum ia hanya mengganggu orang lain.


6. Avoid Overuse of Emoticons ( Elakkan daripada penggunaan emoji secara berlebihan )
- Seperti yang diketahui , kita boleh menggunakan emoji bagi menyatakan ekpresi kita . Namun , penggunaan emoji secara berlebihan boleh mengganggu atau membuat diri mereka berasa tidak selesa .