Mace Windu Light Saber - Wait

Sunday, 16 October 2016

Merekabentuk Laman Web

Hi! Hari ini saya akan menunjukkan laman web yang telah direkabentuk oleh saya.


Paparan di atas menunjukkan logo bagi website saya . 

1. Paparan Home bagi website saya (index.html) .



2. Paparan bagi sign in form .



3. Paparan bagi sign up form .



4. Paparan bagi order form .

Sekian Terima Kasih~


Tuesday, 26 July 2016

Assalamualaikum guys! Anis nak jual Long Sleeve Floral Shirt . Baju ni sesuai untuk gadis-gadis di luar sana. Kalau berminat boleh contact Anis kat nombor +6011-36021740

Saiz - L
Harga - RM 15.00

Saturday, 19 March 2016

Asianfanfics

Apa itu 'Asianfanfics' ?

Asianfanfics adalah sebuah laman web yang membolehkan anda untuk memuat naik cerita rekaan atau cerita berdasarkan pengalaman anda sendiri. Asianfanfics ni menjadi kegemaran ramai peminat-peminat kreatif yang sering mempunyai bayangan yang menarik mengenai artis atau idola kesukaan mereka. Jadi mereka menulis cerita mengikut nama artis atau idola mereka sebagai watak utama di dalam jalan cerita tersebut. Kebanyakan cerita yang di muat naik di dalam Asianfanfics ini adalah daripada peminat-peminat KPOP, JPOP atau sebagainya. Jalan cerita yang dimuat naik kebiasaannya menggunakan bahasa inggeris tetapi ianya juga turut dimuat naik dalam bahasa lain. Mari kita mendalami lagi cara penggunaan Asianfanfics ini.

Anda boleh 'google' sahaja nama laman web ini seperti di bawah;


Sebelum saya mengupas isi dalaman web Asianfanfics ini , mari saya ceritakan serba sedikit mengenai sejarah asal usul laman web yang terkenal ini.

Asianfanfics atau sering disingkatkan kepada AFF , merupakan laman web arkib peminat fiksyen automatik . Ia diasaskan pada tahun 2009 oleh Jason ataupun dikenali juga sebagai Nichiren. 

Paparan Asianfanfics


Anda juga boleh mengubah tema mengikut kesukaan anda


Saya pilih tema ' Black and White '


Kemudian jika anda ingin membaca cerita yang ada di dalam laman web ini , anda boleh search jenis cerita yang anda suka 


Saya pilih tags 'comedy'


Paparan di atas menunjukkan beberapa cerita comedy.
Selain menggunakan 'tags' anda juga boleh mencari cerita yang anda inginkan di kotak 'search'.


Jika anda ingin meninggalkan komen atau mahu menulis cerita , anda harus memasuki ke laman tersebut dengan menggunakan akaun rasmi Asianfanfics. Bagi yang sudah mempunyai akaun, anda hanya perlu memasukkan 'username' dan 'password' sahaja. Manakala, bagi yang tidak mempunyai akaun bolehlah mendaftar ke Asianfanfics.


Baiklah, sampai disini sahaja maklumat saya tentang ' Asianfanfics ' . Saya akan menyambung mengenai laman ini pada masa akan datang . Sekian terima kasih .










Saturday, 13 February 2016

OBDC ( Open Database Connectivity )

ODBC ialah bahasa pengaturcaraan antara muka yang standard dalam penggunaan aturcara middeware ( Application Program Interface ) untuk mencapai Sistem Pengurusan Pangkalan Data (DBMS)
ODBC direka pada tahun 1970 , pada tahun 1980, sistem SQL dinamik menjadi tumpuan utama untuk vendor SQL.
Kelebihan ODBC adalah sambungannya serasi antara CR dan kebanyakkan ODBC. Pemacu ODBC biasanya dikemaskini untuk memasukkan jenis data terkini.
Kekurangannya pula adalah laporan menggunakan sambungan ODBC memerlukan DSN kepada setiap komputer. Sambungan ODBC dalam CR adalah tertakluk kepada pemacu dan perisisan batasan pihak ketiga.

DLC ( Database Life Cycle )

Kitaran hayat pangkalan data termasuk penciptaan pangkalan data dan peruntukan sumber, menguruskan skema pangkalan data dan data. Pentadbir pangkalan data dan pemaju aplikasi melaksanakan tugas-tugas kitaran hayat pangkalan data.
Berfungsi untuk memperuntukkan sumber dan mengurus skema pangkalan data.

DLC dapat meningkatkan jumlah saiz pangkalan data dan juga dapaty memantau prestasi dan pengunaan

Kitaran hayat pangkalan data

perancangan>analisis data/takrifan kehendak pengguna>reka bentuk>pelaksanaan>pengujian>penilaian>penyenggaraan.

HTML ( Hyper Text Markup Language )

Maksud - Bahasa tanda yang digunakan untuk menampilkan objek atau data pada laman web.
Dicipta oleh Tim Berners Lee dan berkembang pesat pada tahun 1990.
HTML adalah sebagai bahasa tanda internet dan HTML digunakan untuk membuat laman web.
Sesebuah website memiliki beberapa bahagian seperti header, navigasi, main dan footer.

Contoh struktur asas HTML & Kegunaan

  1. <html> - untuk membuat laman web, semua laman web mengandungi tag ini.
  2. <title> - menampilkan tajuk di title bar.
  3. <head> - semua elemen head diletakkan di sini.
  4. <body> - apa yang ditulis di sini akan terlihat pada browser.
Contoh software
  • Notepad
  • Sublime
  • Dreamweaver
  • Notepad++
Cara atau contoh kod untuk memaparkan sesuatu pada laman web.
(image) - <img src="x">
(hyperlink) - <a href="x"></a>

HTML dapat digunakan pada pelbagai jenis mesin komputer namun begitu, ianya memiliki tag-tag yang banyak dan susah untuk dipelajari.

DML ( Data Manipulation Language )

DML merupakan perintah-perintah yang memungkinkan pengguna melakukan akses dan manipulasi data.
DML terdiri daripada data yang mengubah kenyataan. Dicipta oleh EF Codd ( Edward F Codd ) pada tahun 1970.

Perintah yang termasuk dalam DML ialah :

  • INSERT - memasukkan data dalam jadual
  • UPDATE - mempebaharui data lama menjadi data terkini
  • DELETE - menghapuskan data dari jadual
  • SELECT - mengambil data atau menampilkan data dari satu jadual atau beberapa jadual

Friday, 12 February 2016

SQL ( Structured Query Language )

SQL merupakan bahasa komputer yang mengikut standard ANSI ( American Nasional Standard Institute ) yang digunakan dalam pangkalan data hubungan.
SQL berfungsi bagi
- mengakses pangkalan data
- menjalankan query untuk mengambil data dari pangkalan data
- menambah data ke pangkalan data
- menghapuskan data dalam pangkalan data
- mengubah data dari pangkalan data

Jenis-jenis SQL

1. DDL - create
             - alter
             - rename
             - drop
2. DML - select
             - insert
             - update
             - delete
3. DCL - grant
             - revoke
4. TCL - savepoint
            - rollback
            - commit

DLC ( Data Control Language )

DLC merupakan perintah SQL . DLC berfungsi untuk melakukan pengaturan tau pengawalan hak mengakses dari pengendali untuk pengguna, baik terhadap pelayan (server) pangkalan data, jadual mahupun medan.

Perintah DCL -

  • Grant - untuk memberi hak mengakses dari pengendali kepada pengguna.
  • Revoke - untuk membatalkan hak mengakses yang telah diberi kepada pengguna oleh pengendali.

DNS ( Domain Name System )

Sistem penamaan hierarki diedarkan untuk komputer, perkhidmatan atau mana-mana sumber yang disambungkan kepada internet atau rangkaian persendirian.
Dicipta oleh Paul Mockapetris pada tahun 1983 di University of California.

Fungsi - nama hos komputer manusia yang mesra ke dalam alamat IP.

DDLC ( Database Development Life Cycle )

Apa itu DDLC ?

DDLC adalah metadologi klasik yang digunakan untuk mengembangkan memelihara dan menggunakan sistem informasi. Tetapi polanya lebih dipengaruhi oleh kelebihan untuk mengembangkan sistem dengan cepat. Pengembangan sistem yang lebih cepat dapat dicapai dengan peningkatan siklus hidup dan penggunaan peralatan pengembangan berasaskan komputer. DDLC bermula pada tahun 60-an.
Tujuan DDLC adalah memastikan pengiriman sistem berkualiti tinggi, menyediakan control managment (pengurusan kawalan) yang kuat dan maksimumkan produktiviti.

Berikut adalah 6 perlaksanaan DDLC

1. Analisa keperluan
2. Merekabentuk
3. Membangunkan kandungan
4. Editing dan penyuntingan
5. Penerbitan
6. Penyelenggaraan

-glosari-
(metodologi)   
-merupakan kaedah dan teknik mereka bentuk, mengumpul dan menganalisis data supaya dapat   menghasilkan bukti yang boleh menyokong sesuatu kajian.
(siklus)
-putaran waktu yang didalamnya terdapat rangkaian kejadian yang berulang-ulang secara tetap dan teratur.

CDMA ( Code Divison Multiple Access )

CDMA adalah sebuah bentuk pemultipleksan dan sebuah metodeakses secara bersama yang membahagi kenal yang tidak berdasarkan waktu atau frekuensi.
Di kesatuan soviet USSR ( Union Soviet Socialize Republics ), kerja pertama pada subjek ini telah diterbitkan pada tahun 1935 oleh professor Dimitry V.Ageev.
Kegunaan -

  • Salah satu daripada aplikasi awal bagi bahagian multi kod di Sistem Kedudukan Global (GPS). Standard Qualcomm 15-95 dipasarkan sebagai cdmaone. Standard Qualcomm IS - 2000 yang dikenali CDMA - 2000 digunakan oleh beberapa syarikat telefon mudah alih, termasuk Globalstar rangkaian telefon satelit.

EEPROM ( Electronically Eraseable Programabale Read Only Memory )

EEPROM merupakan komponen yang banyak digunakan pada peralatan elektronik untuk menyimpan konfigurasi data. Kapasiti EEPROM terbatas, biasa digunakan pada sistem hardware untuk menyimpan data konfigurasi bias dan setting yang berhubungan. EEPROM dengan bantuan medan elektrik boleh dipadam dan diprogramkan semula. EEPROM dicipta oleh Dov Frahman dari Intel pada tahun 1971.

Operasi -

  • EEPROM boleh diatur secara semula puluhan ke ratusan ribu kali. 
  • EEPROM moden boleh diatur semula satu juta kali.
  • EEPROM perkara utama digunakan dalam peranti untuk menyematkan penstrukturan ( calibration )

TCP ( Transmission Control Protocol )

TCP merupakan salah satu protokol teras bagi suit protocol internet (SPI). TCP membekalkan khidmat pertukaran keutuhan data secara lansung diantara dua hos rangkaian pesanan merentasi satu atau lebih rangkaian. Pada bulan Mei 1974, IEEE ( Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik ) menerbitkan kertas kerja 'protokol untuk paket rangkaian'.

Operasi TCP

  1. Dengar - menunggu permintaan sambung dari mana-mana TCP yang jauh
  2. Ditubuhkan - mewakili sambungan yang terbuka, data yang diterima dapat disampaikan kepada pengguna.
  3. Tutup - menunggu sambung penamatan permintaan pengakuan dari TCP yang jauh.

EBCDIC ( Extended Binary Coded Decimal Interchange Code )

Kod Binari untuk aksara abjad atau angka yang dibangunkan oleh IBM. Dicipta pada tahun 1963 dan 1964.

Contoh Kod

  1. A - 11000001
  2. B - 11000010
Faedah TCP adalah terdiri daripada aksara 8 bit dan bukannya 6 bit iaitu aksara yang lama.
Kekurangannya hanya boleh digunakan utuk memproses aksara Inggeris dan bukannya aksara bahasa arab.

IDE ( Intergrated Development Enviroment )

IDE adalah sebuah program software aplikasi yang memberikan fasiliti kepada programmer ketika membuat program. Biasanya sebuah IDE terdiri dari source code wditor build automation tools dan debugger (sumber wiki). Untuk menulis sebuah program boleh menggunakan text editor atau IDE. Bagi yang sudah mahir menulis program dengan text editor bukanlah menjadi masalah. Tetapi untuk permulaan, akan lebih mudah jika menggunakan IDE.

IDE mempunyai beberapa jenis :-

  • Code Block IDE, adalah free IDE yang sangat baik untuk membuat program C++
  • Creator IDF, merupakan kegunaan untuk pembuatan aplikasi C== berasaskan dengan Q+ framework.

CSS ( Cascading Style Sheet )

CSS adalah salah satu bahasa pengaturcaraan web untuk kendalikan beberapa komponen dalam sesebuah lama web agar lebih berstruktur.
CSS digunakan untuk mengawal saiz gambar atau warna teks dalam laman web atau boleh paparkan laman yang sama dengan format yang berbeza.

Ciri-ciri CSS -

  • Dalaman - Kod dimasukkan secara terus ke laman web yang akan dibuat
  • Luaran - Kod dipisahkan dan diletakkan dalam fail khusus untuk gunakannya buat pautan dari fail ke laman web.
Cara menggunakan CSS -
  • luar style sheet
  • internal style sheet
  • inline style sheet
  • multiple style sheet
Kelebihan
  • lebih bagus dari HTML.
  • memisahkan design dengan isi laman web.
  • design yang efisyen
Kekurangan
  • terdapat browser yang tidak menyokong CSS.
  • sukar untuk dikendalikan oleh orang yang tidak mahir.

TCL ( Transaction Control Language )

TCL - Transaction Control Language - Transaksi Kawalan Bahasa

Bahasa SQL yang digunakan mengawal transaksi dalam Sistem Pangkalan Data. Transaksi merupakan unit logik kerja yang terdiri daripada 1 atau lebih kenyataan SQL.

Fungsi TCL -

  • Digunakan untuk menguruskan perubahan yang dibuat oleh kenyataan DML ( Data Manipulation Language )
  • TCL merupakan arahan SQL yang terdiri daripada COMMIT, ROLLBACK & SAVEPOINT
COMMIT
  • Arahan yang digunakan untuk menyimpan kerja yang dilakukan dalam pangkalan data.
  • Secara logiknya, transaksi yang dilakukan pada point tertentu pada semua data yang telah dirujuk adalah tanggungjawab programmer.
  • Transaksi tidak boleh dilancarkan kembali selepas laporan transaksi dikeluarkan kerana pengubahsuaian pada sebahagian data pada pangkalan data.
ROLLBACK
  • Fungsi Rollback digunakan untuk memulihkan pangkalan data yang telah diubahsuai kepada asal.
  • Rollback memadam semua pengubahsuaian yang telah dilakukan pada permulaan transaksi savepoint pada pangkalan data.
SAVEPOINT
  • Arahan yang digunakan untuk mengenapasti point yang telah disetkan dalam transaksi yang kemudiannya point tersebut akan dilancarkan kembali.
  • Sangat berguna semasa melakukan kerja yang rumit agar tiada kesalahan yang akan dilakukan oleh programmer.

MPEG ( Motion Picture Expert Group )

Satu kumpulan kerja ISO ( Internasional Standard Organisation ). Istilah ini merujuk kepada satu keluarga atau kumpulan mampatan video digital dan format-format fail yang dihasilkan oleh kumpulan tersebut.

Diasaskan oleh ISO dan IEC ( Internasional Electrotechnical Commission ) bertujuan untuk audio, mampatan video, dan transmisi. MPEG dihasilkan dalam tahun 1988 oleh Hiroshi Yosuda ( Nippon Telegraph and Telephone ) dan Leonardo Chariglione. Pada Mei 1988 di Ottawa, Kanada telah berlansungnya mesyuarat pertama MPEG. Dalam bulan akhir 2005, MPEG telah mempunyai seramai 350 ahli setiap mesyuarat daripada pelbagai industri, universiti dan institusi pengajian.

Kelebihan MPEG

  • Disokong oleh semua pelajar web popular.
  • Menggabungkan kualiti video yang tinggi dan saiz fail yang kecil
  • Kemungkinan mewujudkan konsep penyekatan baru berasaskan MPEG.

ASCII ( American Standard Code for Information Interchange )

Kod ASCII adalah kod tujuh bit, ini bermakna ia menggunakab susunan tujuh angka binari dari angka desimal 0 sehingga 127 untuk mewakili setiap simbol. Dicipta pada tahun 1956 oleh Ivan Idelsan di Ferranti UK. ASCII digunakan buat pertama kali pada tahun 1963.

Kod ASCII dikemaskini

  • USASI x 3.4 - 1968
  • ANSI x 3.4 - 1977
  • ANSI x 3.4 - 1986
Satu format yang lazim digunakan untuk fail teks dalam komputer dan internet. Kod ASCII telah dibangunkan oleh American National Standard Institute (ANSI)
Dalam fail menggunakan kod ASCII, setiap aksara (angka,abjad dan simbol khas) diwakili oleh sejumlah 7 bit nombor perduaan yang terdiri daripada rentetan tujuh '0' atau '1'. Ia melibatkan sejumlah 128 aksara biasa dengan aksara 128 lanjutan.

ASCII digunakan untuk mewakili karakter-karakter angka mahupun huruf di dalam komputer. Sebagai contoh dapat kita lihat pada karakter 1,2,3,A,B,C dan sebagainya.


DDL ( Data Definition Language )

DDL merupakan standard untuk arahan yang menentukan struktur yang berbeza di dalam SQL.

Nama DDL mula diperkenalkan berhubung dengan model pangkalan data Codasyl dimana skema pangkalan data yang telah ditulis. Diasaskan pada Jun 1970 oleh EF Codd.

DDL digunakan untuk mendefinisikan, mengubah serta menghapus objek.

Antara Command (arahan) DDL

  • CREATE - membuat objek (medan di dalam jadual)
  • USE - menggunakan objek
  • ALTER - mengubah objek sedia ada
  • DROP - menghapus objek

HDMI ( High Definition Multimedia Interface )

HDMI - High Definition Multimedia Interface - Antaramuka Multimedia Berdifinasi Tinggi

HDMI merupakan antaramuka penyambung audio dan video. Boleh digunakan untuk memancarkan strim (stream) digital yang disulitkan dan tidak dimampatkan.

HDMI muncul pada tahun 2006

Beberapa alat yang menggunakan HDMI adalah Blu-ray Player , Komputer Riba (Laptop) , Konsol permainan (PS4 , XBOX , ONE)

Kelebihan HDMI

  • mampu menghantar 8 channel audio
  • mampu menghantar data digital dengan cepat
  • mampu menghantar gambar 1080 p - 4000 p (4k)
Kelemahan
- Harga kabel lebih mahal

DLNA ( Digital Living Network Alliance )

Takrifan bagi DNLA ( Digital Living Network Alliance ) adalah satu set antara operasi garis panduan untuk berkongsi media digital di kalangan multimedia .

Sejarah DLNA :-
DLNA ditubuhkan oleh Sony Corporation pada tahun 2003. Nama asalnya adalah DHWG ( Digital Home Work Group ). Apabila set pertama garis panduan DNLA telah diterbitkan, Home Rangkaian Peranti Garis Panduan Interoperability V.1.5 telah diterbitkan pada Mac 2005.

Lain-lain tentang DLNA :-

  • Mempunyai Mobile Digital Media Player ( M-DMP ) untuk mencari dan memainkan kandungan pelayan digital media ( DMS ).
  • Digital Media Renderer untuk memainkan kandungan dari pelayan digital. Contoh : Televisyen.
  • Digital Media Player untuk mencari kandungan pada pelayan media digital. Contoh: Monitor Wireless.
Antara syarikat DLNA adalah DOLBY, INTEL, PANASONIC, SAMSUNG ELECTRONICS, VERIZON.




Tuesday, 2 February 2016

QUERY MENGGUNAKAN QUERY WIZARD

Assalamualaikum , hari ini saya akan menunjukkan langkah-langkah untuk membuat query menggunakan query wizard di dalam MS Access.

1. Buka fail pangkalan data yang sedia ada dan pilih jadual () pada MS Access.



2. Pergi ke ribbon "CREATE" dan klik , akan terpapar 'Query Wizard'  dan 'Query Design' pada ribbon tersebut.


3. Klik pada "Query Wizard" dan akan terpapar satu dialog box seperti dibawah ;


4. Kemudian , klik "Ok" setelah anda memilih "Simple Query Wizard"



5.Seterusnya , anda hendaklah memilih jadual dan medan yang diperlukan untuk dijadikan query dan klik "next"



6.Setelah anda memilih "“Detail (shows every field of every record)" , klik "next".

7. Isikan nama untuk query dan pilih "Open the query to view information” dan klik “Finish” . Contoh di bawah memaparkan :-


8. Akhir sekali, ini adalah contoh query yang telah disiapkan.


Thursday, 14 January 2016

NORMALIZATION

KONSEP PENORMALAN 

Dalam kita mereka bentuk pangkalan data hubungan , kita ingin menghasilkan suatu pangkalan data hubungan yang baik dengan mengurangkan bilangan duplikasi data . Proses untuk menghasilkan pangkalan data yang baik dengan mengurangkan bilangan duplikasi data adalah melalui proses penormalan . Penormalan merupakan satu cara untuk menganalisa jadual-jadual berdasarkan kekunci dan kebergantungan fungsian . Di mana ia melibatkan peraturan tertentu pada suatu jadual supaya pangkalan data boleh dinormalkan pada mana-mana peringkat .

Proses penormalan telah diperkenalkan oleh Codd pada tahun 1972 . Tiga bentuk penormalan yang akan diberi tumpuan ialah :

  •          Bentuk Normal Pertama ( 1NF ) First Normal Form
  •      Bentuk Normal Kedua ( 2NF ) Second Normal Form
  •      Bentuk Normal Ketiga ( 3 NF ) Third Normal Form



Walau bagaimanapun terdapat juga bentuk penormalan yang lebih tinggi seperti Bentuk Penormalan Boyce-Codd ( BCNF ) . Tetapi bentuk penormalan seperti ini jarang digunakan .

TUJUAN DAN KEPERLUAN PENORMALAN

  •           Menghasilkan skema hubungan dengan pengumpulan atribut yang paling optimum
  •          Mengurangkan data lewah
  •          Mengatasi masalah anomali 

Saturday, 9 January 2016

REPORT

Apa itu REPORT ?

Di dalam MS Access laporan adalah apa yang anda gunakan untuk merumuskan dan data yang terdapat di dalam jadual . Satu laporan biasanya menjawab soalan yang khusus , seperti "berapa banyak wang yang kita terima daripada setiap pelanggan tahun ini?"
Setiap laporan boleh diformat untuk menyampaikan maklumat dengan cara yang mungkin paling mudah dibaca .
Satu laporan boleh dijalankan pada bila-bila masa, dan akan sentiasa memaparkan data semasa dalam pangkalan data . Laporan biasanya diformatkan untuk dicetak, tetapi mereka juga dapat dilihat pada skrin, ditayangkan ke program lain, atau dihantar dalam bentuk e-mel.

MACROS

Apa itu MACROS ?

Macros dalam MS Access boleh dianggap sebagai bahasa pengaturcaraan yang mudah yang anda boleh gunakan untuk menambah fungsi untuk pangkalan data anda . Sebagai contoh, anda boleh melampirkan macros kepada butang arahan ke dalam borang supaya macros berjalan apabila butang diklik . 
Macros mengandungi tindakan yang melaksanakan tugas-tugas, seperti membuka laporan, menjalankan pertanyaan , atau menutup pangkalan data. 
Kebanyakan operasi pangkalan data yang anda lakukan secara manual boleh diautomasikan dengan menggunakan macros , supaya ia boleh menjadi peranti besar yang menjimatkan masa.

QUERIES

Apa itu QUERIES ?

Queries adalah workhorses sebenar dalam pangkalan data, dan boleh menjalankan fungsi yang berbeza.
Fungsi yang biasa adalah untuk mengambil data khusus dari jadual. Data yang anda mahu lihat biasanya tersebar di beberapa jadual, dan pertanyaan yang membolehkan anda untuk melihatnya dalam helaian data tunggal kerana anda biasanya tidak mahu melihat semua rekod-merta, pertanyaan membenarkan anda menambah kriteria untuk menapis data dan hanya memaparkan rekod yang anda mahu . 
Queries sering berkhidmat sebagai sumber rekod untuk borang dan laporan.
Pertanyaan tertentu adalah updateable yang bermakna anda boleh edit data dalam jadual asas melalui helaian data pertanyaan. Jika anda bekerja dalam pertanyaan updateable ingat bahawa perubahan anda sebenarnya dibuat dalam jadual dan bukan sahaja di helaian data pertanyaan .

Queries mempunyai dua jenis asas ;
pilih queries 
A pilih pertanyaan hanya mendapatkan semula data dan menjadikan ia sedia untuk digunakan. Anda boleh melihat hasil pertanyaan pada skrin, mencetak, atau menyalin ke clipboard. Atau, anda boleh
tindakan queries 
pengeluaran pertanyaan sebagai sumber rekod untuk borang atau laporan.

Pertanyaan tindakan, seperti nama, melaksanakan tugas dengan data. Tindakan queries yang boleh digunakan untuk membuat jadual baru, menambah data pada jadual yang sedia ada, mengemas kini data, atau memadam data.