Mace Windu Light Saber - Wait

Tuesday, 1 September 2015

Belajar dengan Menggunakan Internet dan Gadjet

Cara belajar menggunakan Internet


Kamus atas talian percuma


      Kamus atas talian memberikan pelbagai kemudahan kepada pelajar.

Antara kelebihannya;
-ia ditawarkan secara percuma.
-ia turut memberikan panduan tatacara sebutan dengan betul.


     Seterusnya, ada juga kamus atas talian lain yang tidak kurang popular dalam kalangan pelajar iaitu DictionaryReference.com. Ini memandangkan, kamus ini menggunakan perkataan yang mudah untuk difahami pelajar terutama mereka yang lemah dalam bahasa Inggeris. Ada kalanya, kamus yang menggunakan perkataan agak kompleks sehingga menyukarkan pelajar memahami definisi diberikan.
Malah, ada juga kamus atas talian yang menyenaraikan cadangan perkataan mempunyai pengertian hampir menyamai sesuatu perkataan cuba dicari pelajar.


-Penggunaan Google Translate juga didapati agak popular dalam kalangan pelajar. Google Translate membantu pelajar mendapat gambaran kepada makna bahan bacaan berkenaan.  Namun begitu, kadangkala terjemahan yang diberikan tidak memberi makna tepat.

Ruang pengajar muat naik bahan pengajaran



Google Scholar
- Penggunaan hyperlink yang ada dalam bahan bacaan turut memberi kemudahan kepada pelajar melayari laman web berkaitan. Ini memudahkan mereka membina pengetahuan asas mengenai topik ingin mereka fahami.
- Perisian Microsoft Word  juga dapat membantu pembaca dengan menyediakan kemudahan seperti Synonyms, Translate dan Search with Bing.
- Pelajar juga boleh menulis komen dan menukar warna sesuatu ayat bagi tujuan ulang kaji dan sewaktu membuat nota.
-Melakukan perbincangan bersama rakan-rakan secara bersemuka atau secara atas talian.


No comments:

Post a Comment