Mace Windu Light Saber - Wait

Monday, 3 August 2015

COMBO BOX

Assalamualaikum .
Hari ini saya akan menunjukkan cara penggunaan combo box di dalam Microsoft Access.



APAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN 'COMBO BOX' ?

Combo Box adalah objek atau kawalan yang terdapat pada form dalam Microsoft Access . Ia adalah senarai drop-down daripada nilai-nilai yang pengguna membuat pilihan. Anda boleh menyediakan kotak kombo untuk menyekat pilihan pengguna untuk item dalam senarai. Atau anda boleh membenarkan pengguna untuk memasukkan nilai yang tidak terkandung dalam senarai dan pilih item dari senarai.


Berikut adalah paparan atau icon combo box di dalam MS Access

Sekarang saya akan menunjukkan langkah-langkah untuk membuat combo box di form

Langkah 1
Buka file yang telah di bina menggunakan MS Access . Kemudian pastikan file tersebut sesuai untuk kita membina combo box di dalamnya. Klik pada form yang telah kita buat dan seterusnya klik pada combo box yang berada di ribbon pada design seperti di bawah.




Langkah 2
Setelah muncul dialog box ' Combo Box Wizard ' lakukan seperti yang ditunjukkan dibawah.




Langkah 3
Pilih satu  maklumat yang ingin dijadikan combo box dan klik pada button next.


Langkah 4
Akan muncul satu paparan seperti di bawah , kemudiannya anda dikehendaki untuk menekan next bagi meneruskan proses membuat combo box.





Langkah 5
Masukkan tajuk pada ruang combo box.





Langkah 6
Berikut adalah semua langkah-langkah yang perlu dilakukan semasa membuat combo box . Setelah kesemua langkah di ikuti , anda telah berjaya membuat combo box di dalam form . Sekarang , anda hanya perlu klik pada nama dan maklumat pelanggan tersebut akan terpapar .



Sekian daripada saya mengenai combo box . Harap cara ini dapat membantu anda melakukan kerja-kerja di dalam perisian MS Access dengan mudah . Selamat mencuba ! 


No comments:

Post a Comment